So, for our malay class today our teacher assigned us to write a poem about what's happening in the world right now . Here's my poem:
Tabah dan optimis
Insaf , bersyukur dan sayu
Memikirkan para doktor dan jururawat yang bertungkus lumus,
Cuba membendung pandemik yang merebak sekelip mata,
Kota Paris,
Bandar romantik yang tak pernah tidur akhirnya melabuh tirainya ,
Eiffel tower kini hanya tengkorak di muzium tanpa pengunjung
Fashionista yang dulu mewarnai jalanan paris kini termenung tepi jendela,
Warna paris hilang ibarat bunga mawar dulunya mekar kini layu ,
Moga-moga pandemik ini buat manusia sedar bahawa kita bukan raja di dunia
Hari ini, gelak tawa sahabat S19A memecah kesunyian walaupun kedengaran dalam memori sahaja
Pesan guru-guru untuk belajar sepenuh jiwa memberi kekuatan untuk bangun dari katil yang empuk
Kemanisan belajar di meja barisan hadapan berdekatan pintu sentiasa kurindu
Semoga apa yang berlaku buat manusia ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk
Semoga apa yang berlaku buat kita sedar nikmat Tuhan pada kita selama ini
Semoga apa yang berlaku menjadikan kita lebih kuat dalam menempuh hari esok

you touched stories on every scale, nationwide, the world and finally your own personal life. this is a wonderful piece
ReplyDelete